Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Indonesia di pangsapuri Eastern Court di Jelutong, pada jam 5.39 petang, 22 April lepas.
Mayatnya Arsan Eka Putra ditemui dalam keadaan kaki kirinya diikat dengan rantai besi pada kerusi di kawasan parkir apartmen berkenaan.